HEADLINES

PRN Negeri Sembilan: Zahid nafi manifesto BN tiru parti lain

Pengerusi Barisan BN berkata, tidak timbul soal copy-paste (manifesto) kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu telah digarapkan dan ini dilakukan untuk improvisasi daripada apa yang telah sedia ada

9:45 AM MYT

 

PORT DICKSON – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa manifesto BN yang dilancar semalam meniru manifesto parti lain.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata manifesto berkenaan merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan BN sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

“Tidak timbul soal copy-paste (manifesto) kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu telah kami garapkan dan ini dilakukan untuk improvisasi daripada apa yang telah sedia ada.

“Kita nak melakukan kesinambungan terhadap agenda yang tergendala sebelum ini apabila kita tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan (negeri) pada 2018,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Lukut, di sini semalam.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos. – 26 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related