HEADLINES

PRN Negeri Sembilan : 22,339 anggota keselamatan, pasangan mengundi awal esok

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan dijangka cerah pada sebelah pagi, kecuali Port Dickson yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir esok

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 22,339 anggota keselamatan dan pasangan akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 esok.

Ia melibatkan 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan.

Sebanyak 38 pusat mengundi awal dibuka di seluruh negeri, bermula 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat mengikut lokasi.

Antara lokasi pengundian awal ialah Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Pangkalan Udara Sendayan di Seremban serta Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Pengundian awal bagi anggota keselamatan dan pasangan yang layak diadakan empat hari sebelum hari pengundian pada 1 Ogos, lapor Bernama.

Sementara itu, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan dijangka cerah pada sebelah pagi, kecuali Port Dickson yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Hampir seluruh negeri pula dijangka dilanda hujan lebat pada sebelah petang.

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN kali ini yang menyaksikan seramai 103 calon layak bertanding.

Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) merekodkan jumlah calon tertinggi dengan 36 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) (25) dan Bersatu (24).

Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan 11 calon, diikuti empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian. – 27 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related