HEADLINES

RCI TH: Lima pegawai kanan berdepan hukuman buang kerja, namun masih berkhidmat selepas rayuan

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan keputusan itu dibuat selepas berlaku perubahan pada pengurusan TH pada Julai 2018

4:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima pegawai pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) yang dikaitkan beberapa dakwaan dan berdepan hukuman buang kerja, hanya dikenakan hukuman turun pangkat serta tangguh kenaikan gaji selepas proses rayuan tatatertib.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan keputusan itu dibuat selepas berlaku perubahan pada pengurusan TH pada Julai 2018.

Kesemua mereka, lapor RCI berkenaan mereka masih bertugas di TH.

RCI itu memberitahu, mereka ialah bekas Ketua Kewangan Kumpulan, Datuk Rozaida Omar yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar Strategik Modal Insan; bekas Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani yang ditempatkan sebagai Pengurus Besar Kanan Kafe & Pembangunan Perniagaan di TH Hotel & Residence Sdn serta bekas Pengurus Besar kanan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Risiko dan Pematuhan di TH Plantation Berhad.

Yang lain ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia, Mohd Hisham Harun kini bertugas sebagai Head, Business and Corporate Affairs di TH Properties Sdn. Bhd serta Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid kini bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar di TH Plantations Berhad.

“Tindakan tatatertib itu melibatkan empat kluster iaitu isu penjualan saham PT TH Indo Plantations (THIP), isu pelanggaran seksyen 24(3)(5) di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] kerana tiada permohonan awal kelulusan kepada menteri sebelum sumbangan RM22.12 juta dibuat (Yayasan Tabung Haji), perisytiharan untung boleh agih (hibah) bagi tahun kewangan berakhir 2017 dan pengemukaan tuntutan kepada Pengurus Unit Bayaran, Bahagian Perkhidmatan LTH yang mengandungi butiran palsu,’’ kata laporan berkenaan.

RCI itu diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web Jakim dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.

Laporan RCI tersebut telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Ogos 2022, oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI yang diketuai Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Dalam pada itu, RCI itu memberitahu, empat individu iaitu Rozaida, Rifina, Mohd Hisham dan Hazlina berdepan tindakan pemecatan susulan penjualan THIP namun hukuman tersebut diringankan kepada penurunan pangkat.

Rozaida turut berdepan tindakan pemecatan berhubung pembayaran hibah tahun 2017, namun seperti kes sebelum ini, hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penurunan pangkat.

Secara berasingan, tindakan tatatertib berhubung sumbangan RM22.12 juta oleh Yayasan Tabung Haji, yang dibuat tanpa kelulusan yang diperlukan, menyaksikan Rozaida dan Adi Azuan dikenakan amaran keras, manakala Mohd Hisham dikenakan amaran serta penangguhan kenaikan gaji. – 30 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related