◉ HEADLINES

Aminuddin persoal pelaksanaan sistem pengecaman pengundi, bimbang ganggu kelancaran PRN N9

SPR memaklumkan ia akan melaksanakan projek rintis Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan proses pilihan raya

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluahkan kebimbangan berhubung pelaksanaan Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) yang dibimbangi boleh mengganggu proses pengundian.

Menurut Aminuddin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya memberikan taklimat kepada calon berhubung pelaksanaan sistem itu.

“Saya rasa itu sebenarnya yang sepatutnya dibincangkan dahulu dengan semua calon sebelum pelaksanaan.

“Kita tidak tahu apa yang ingin dilaksanakan dan apakah yang boleh membantu sebenarnya,” katanya, lapor media selepas mengundi di Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, hari ini.

Semalam, SPR memaklumkan ia akan melaksanakan projek rintis Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan proses pilihan raya.

Pelaksanaan rintis itu akan dijalankan di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Saluran 1 hingga 7, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan proses pilihan raya.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sistem OCR-VA dibangunkan untuk mengimbas dan menyemak maklumat pengundi berdasarkan pangkalan data rasmi SPR serta mengautomasikan penandaan kehadiran pengundi secara masa nyata.

Dalam pada itu, Aminuddin yakin PH akan melepasi sasaran 19 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN meskipun terdapat pelbagai ramalan mengenai keputusan PRN Negeri Sembilan itu.

Menurut Aminuddin, keyakinan itu berdasarkan penilaian yang dibuat di semua 36 kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH).

“Jentera kami masih bersemangat tinggi walaupun terdapat pelbagai analisis.

“Saya masih yakin kita mampu melepasi 19 kerusi,” katanya.

Pada PRN kali ini, Aminuddin bertanding di DUN Linggi dan tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat.

DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli serta Datuk Zamri Md Said mewakili Bersatu. – 1 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related