◉ HEADLINES

Anwar, Wan Azizah ziarah Fadillah Yusof dan Ismail Sabri di IJN

Perdana Menteri memaklumkan keadaan kesihatan Fadillah semakin positif, manakala Ismail Sabri masih di bawah pemantauan lanjut pasukan perubatan

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menziarahi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi hantaran di X, Anwar berkata keadaan kesihatan Fadillah menunjukkan perkembangan positif ketika pertemuan mereka semalam.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan beliau semakin baik, namun masih memerlukan rehat yang secukupnya atas nasihat pasukan perubatan,” kata beliau. 

Dalam pada itu, Anwar berkata atas dasar persahabatan, beliau dan isteri turut melapangkan masa menziarahi Ismail Sabri yang juga sedang menerima rawatan di IJN, dan masih memerlukan pemantauan lanjut.

“Saya dan Azizah mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta terus dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara, insya-Allah,” kata beliau. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif selepas selesai menjalani prosedur rawatan tersebut.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar (leadless pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN), 7 Ogos lalu.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, prosedur itu dilakukan susulan masalah ritma jantung tidak normal yang dialami Ahli Parlimen Bera berkenaan. – 9 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related