HEADLINES

‘Jenayah tiada bangsa’: Dr Akmal bidas pemimpin kerajaan bertindak seperti pembangkang

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas pihak yang didakwa gemar menuding jari dan menghina keseluruhan sesuatu bangsa apabila berlaku kes jenayah, sambil mencabar pihak berkuasa dalam kerajaan menggunakan kuasa undang-undang tanpa mengira kaum

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak sesetengah pihak dalam kerajaan yang masih bersikap seperti pembangkang apabila mengaitkan perbuatan jenayah berkait skandal Tabung Haji dengan sentimen perkauman.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Dr Akmal memberi amaran agar kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah individu tidak dijadikan alasan untuk menghina atau merendah-rendahkan sesuatu bangsa secara menyeluruh.

“Mencuri ini bukan soal bangsa. Ada Melayu yang mencuri. Ada Cina yang mencuri. Ada India yang mencuri. Dalam setiap bangsa, ada yang baik dan ada yang melakukan kesalahan,” tegas beliau.

Merujuk kepada beberapa kes berprofil tinggi, beliau menyifatkan tindakan menyalahkan keseluruhan bangsa Melayu berhubung isu institusi seperti Tabung Haji sebagai satu perkara yang tidak adil.

Beliau turut membangkitkan isu salah guna kuasa lain bagi menunjukkan bahawa pelanggaran undang-undang berlaku tanpa mengira latar belakang kaum.

“Kesalahan dalam Tabung Haji, jika yang mencuri itu Melayu dan terus nak salahkan bangsa Melayu, itu tidak adil. Kerana jangan lupa, isu korporat mafia, isu terowong juga ada bangsa lain yang dituduh terlibat—adakah kita nak salahkan bangsa mereka?” katanya.

Sehubungan itu, Dr Akmal mendesak pihak yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan agar menggunakan kuasa agensi dan saluran undang-undang yang ada untuk mendakwa pihak bersalah, bukannya sekadar membuat kenyataan politik.

“Kalau ada yang mencuri, tangkap. Siasat. Dakwa. Bawa ke mahkamah. Biar undang-undang tentukan siapa bersalah. Lebih-lebih lagi kalau kamu berada dalam kerajaan. Kamu ada kuasa, ada agensi, ada undang-undang. Gunakanlah,” ujar beliau.

Kenyataan beliau dibuat berikutan perbahasan di Dewan Rakyat mengenai dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap TH, yang mana Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan membuat kenyataan menyentuh salah laku dan dakwaan penyalahgunaan melibatkan orang Melayu Islam.

Mohd Sany telah mempersoalkan sama ada mengambil atau menyalahgunakan dana awam akan dilihat sebagai boleh diterima jika ia melibatkan orang Melayu Islam, semasa perbahasan laporan RCI berkenaan.

Akmal berkata prinsip yang sama patut digunakan dalam kes yang melibatkan individu daripada komuniti lain yang sebelum ini dituduh terlibat dalam kontroversi korporat.

Beliau juga secara terbuka menyelar sikap sesetengah pihak yang didakwanya memilih kasih atau berdiam diri apabila isu melibat kaum lain.

“Jangan sudah jadi kerajaan, tetapi masih bercakap macam pembangkang—pandai menuding jari, tetapi gagal mengambil tindakan. Jangan kerana pelaku itu Melayu kamu hina Melayu secara keseluruhan, tetapi jika pelaku itu bangsa lain, kamu diam menikus!” membidas Dr Akmal lagi.

Mengakhiri kenyataannya, beliau menekankan prinsip keadilan yang sewajibnya ditegakkan oleh semua pihak dalam menangani isu jenayah.

“Penjenayah ada bangsa. Tetapi jenayah tidak mengenal bangsa,” jelasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan wujud tindakan ‘sakau’ melibatkan TH berikutan dapatan dalam laporan RCI, yang menyorot kerugian dana berjumlah puluhan bilion ringgit.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, mana-mana pihak yang bertanggungjawab melanggar peraturan dan memecah amanah rakyat mesti dikenakan tindakan tegas, sambil menegaskan bahawa beban kerugian tersebut memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Yang ‘menyakau’ itu hanya sesetengah sahaja, tetapi yang menanggung ialah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama disebabkan kesetimpaan kerakusan serta penipuan mereka. Arahan telah dikeluarkan. Ambil tindakan paling tegas,” kata beliau. – 17 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related