◉ HEADLINES

Bekas CEO bank pelaburan, Datuk antara tiga didakwa rasuah hari ini: SPRM

Tiga individu berprofil tinggi termasuk seorang bekas CEO bank pelaburan yang dipercayai berdepan pertuduhan rasuah melebihi RM130 juta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Seremban hari ini

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini dan Seremban hari ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi, manakala seorang wanita bergelar Datuk yang juga pengarah sebuah syarikat pula akan dituduh di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, bekas CEO berkenaan bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah bernilai lebih RM130 juta. Wanita terbabit pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan satu skema pelaburan yang disiasat SPRM serta pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Seremban, seorang ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

Kes berkenaan dijangka didengar di hadapan Hakim M. Kunasundary. – 19 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related