◉ HEADLINES

Siasatan terhadap Xavier Jayakumar selesai: SPRM

SPRM memaklumkan keputusan itu dibuat pada 2024 oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas penelitian dan siasatan menyeluruh terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas menteri itu

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua kertas siasatan melibatkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar pada 2021 telah selesai dan diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS). 

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat pada 2024 oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas penelitian dan siasatan menyeluruh terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas menteri itu.

SPRM memaklumkan siasatan terhadap dua kertas siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 itu selesai selepas penelitian terhadap maklumat dan keterangan yang diperoleh dilaksanakan secara menyeluruh.

“Tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan berkaitan.

“SPRM menegaskan setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara tersebut memandangkan siasatan telah selesai.

Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan seorang rakannya kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka semasa menjawat jawatan menteri. – 19 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related