HEADLINES

Bajet 2027: Kerajaan setuju elaun pelajar Tingkatan Enam

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat pelajar Tingkatan Enam ketika ini tidak menerima sebarang elaun berbanding bantuan yang disediakan untuk pelajar sekolah rendah hingga tingkatan lima serta peringkat universiti

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan bagi pemberian elaun kepada pelajar tingkatan enam dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat pelajar di peringkat berkenaan ketika ini tidak menerima sebarang elaun berbanding bantuan yang disediakan untuk pelajar sekolah rendah hingga tingkatan lima serta peringkat universiti.

“Baru-baru ini dalam dialog saya dengan anak-anak prauniversiti, saya kata dari darjah satu sampai tingkatan lima ada elaun, universiti ada elaun. Tingkatan enam, prauniversiti tidak ada.

“Jadi saya umumkan, dalam Belanjawan kita bulan Oktober, saya akan sediakan peruntukan dan elaun untuk pelajar-pelajar tingkatan enam,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Anwar bersempena dengan Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Anwar bagaimanapun berkata jumlah peruntukan berkenaan belum dimuktamadkan dan akan ditentukan berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan semasa.

Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya berkata cadangan pemberian elaun itu merupakan antara 12 resolusi dibangkitkan pada Kongres Prauniversiti Madani yang berlangsung di Klang, Selangor pagi tadi.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menerima kesemua resolusi yang dikemukakan perwakilan pelajar dan akan menelitinya untuk penambahbaikan, selain mencari jalan bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan. – 28 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Kelantan Red Warriors hit with two-match suspension amid FIFA dispute

Amateur Football League pauses KRW fixtures as club given until Aug 14 to resolve FIFA issues

Police detain man for allegedly threatening Zamri Vinoth

Viral video shows the suspect, along with several others, confronting the independent preacher in his vehicle

Related