HEADLINES

Kes rasuah lot perumahan RM1.6 juta: SPRM nafi anggota pentadbiran Johor terbabit

SPRM Johor menjelaskan individu yang ditahan semalam berhubung kes itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lot Tapak Perumahan Generasi Ke-2 di Tanah Rancangan Felda Tenggaroh 2, Mersing

9:07 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengesahkan tiada anggota pentadbiran kerajaan negeri terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan urusan permohonan lot tapak perumahan berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

SPRM Johor dalam kenyataan hari ini menjelaskan individu yang ditahan semalam berhubung kes itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lot Tapak Perumahan Generasi Ke-2 di Tanah Rancangan Felda Tenggaroh 2, Mersing.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan mana-mana individu atau pegawai kerajaan negeri berkenaan.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan mana-mana individu atau pegawai kerajaan negeri berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya komited menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, menipu atau menyalahgunakan kedudukan bagi memperoleh keuntungan peribadi dalam urusan berkaitan perumahan rakyat.

Sebelum ini, SPRM menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang disyaki meminta kira-kira RM4,000 daripada setiap 400 pemohon lot tapak perumahan antara 2016 hingga 2025, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang berkenaan disyaki diseleweng untuk kegunaan sendiri menerusi pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit dengan menggunakan invois palsu. – 8 September, 2026

Topics

 

Hangat

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related