◉ HEADLINES

PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 12 Okt

Pertukaran itu antaranya melibatkan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang dilantik sebagai Komisioner Polis (CP) Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat CP

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 12 Okt ini.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata pertukaran itu antaranya melibatkan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang dilantik sebagai Komisioner Polis (CP) Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.

Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ulu Kinta, Perak SAC Hamzah Hashim pula dilantik Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat DCP.

“Turut bertukar ialah Ketua Cawangan Khas Kelantan SAC Azli Amin yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP selain Ketua Jabatan KDNKA Selangor SAC Mohammad Mashdik Yahya dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Noor berkata Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Jabatan KDNKA Cheras, Selangor SAC Hakemal Hawari pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am/ Krisis Bencana) Jabatan KDNKA, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman ACP Ahmad Azwan Amin Nordin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, Pensyarah Cawangan Pengajian Siasatan Sains Forensik/DNA Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur Supt Anuar Bakri Abdul Salam pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul dengan memangku pangkat ACP. – 11 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related