◉ HEADLINES

Anwar, Vijay tidak bertemu akibat jadual padat: Ramanan

Jadual Anwar dan Vijay tidak selari dalam tempoh berkenaan, menyebabkan pertemuan itu tidak dapat diatur

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertemuan yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Tamil Nadu C. Joseph Vijay tidak dapat diadakan berikutan jadual yang padat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata, jadual kedua-dua pemimpin itu tidak selari dalam tempoh berkenaan, menyebabkan pertemuan itu tidak dapat diatur.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan meneruskan lawatan kerja beliau ke Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala), sebuah negeri di Pantai Malabar, selatan India.

“Kemudian, Perdana Menteri akan ke Maldives (14 hingga 15 Sept), dan kembali ke Malaysia pada sambutan Hari Malaysia.

“Jadi, saya mahu menjelaskan perkara sebenar, punca pertemuan itu tidak dapat diadakan bukan disebabkan oleh mana-mana pihak. Ia kerana masalah jadual,” katanya, lapor media tempatan.

Ramanan merupakan sebahagian daripada delegasi Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Pemimpin- Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi.

Ramanan berkata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pejabat Ketua Menteri Tamil Nadu sebelum ini telah berusaha memuktamadkan tarikh yang sesuai, namun kedua-dua pihak bersepakat menggugurkan kunjungan itu susulan pertindihan komitmen rasmi yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, Ramanan meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara berkenaan semata-mata untuk merosakkan imej Perdana Menteri, kerana tindakan sedemikian sebenarnya merosakkan nama negara.

“Dahulukan negara, politik nombor dua,” tegas beliau.

Beliau turut berharap perkara berkenaan dilihat dalam konteks yang sewajarnya, dan pertimbangan berkaitan jadual merupakan perihal biasa dalam urusan peringkat tinggi. – 12 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related