HEADLINES

Ismail sahkan Exco sebulat suara iktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz

MB Negeri Sembilan mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan pewartaan Surat Cara Proklamasi, membelakangkan ketetapan Dewan Keadilan dan Undang serta amaran peguam baginda

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim hari ini mengesahkan kenyataan media berhubung keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) semalam mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah mutlak dan sah.

Ismail menegaskan bahawa Surat Cara Proklamasi berkenaan telah dibincangkan dan diputuskan secara sebulat suara oleh kesemua ahli Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuarat mingguan mereka pada Selasa lepas.

“Proses pewartaan sudah pun Exco minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan pewartaan dengan mengikut peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Kenyataan rasmi pentadbiran negeri semalam mengesahkan keputusan kolektif mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ismail bagi mengiktiraf keabsahan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Krisis takhta makin rumit

Pengesahan terbuka oleh Menteri Besar ini dijangka memarakkan lagi krisis perlembagaan dan adat di Negeri Sembilan.

Isu persengketaan takhta ini mula memuncak susulan kemunculan Proklamasi 19 April yang memecat Tuanku Muhriz dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah baharu.

Walau bagaimanapun, keabsahan proklamasi tersebut ditolak mentah-mentah oleh Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai dan 13 September, yang memutuskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Pertikaian itu bertambah rumit apabila peguam Tuanku Muhriz menyifatkan tindakan Exco negeri sebagai cubaan “coup d’état” dan menghina mahkamah, manakala Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid menegaskan pentadbiran negeri tidak mempunyai kuasa mengatasi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. – 17 September, 2026

Topics

 

Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related