◉ HEADLINES

SPRM anjur persidangan penyelidikan tatakelola organisasi 25 September ini

Enam universiti awam tempatan bakal bentang dapatan penyelidikan antirasuah pada Persidangan JKKTN Ke-5 bagi merangka strategi pemantapan integriti nasional

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan (JKKTN) Ke-5 Tahun 2026, pada 25 Sept.

Persidangan bertemakan “Madani Pemangkin Tatakelola Berintegriti ke Arah Malaysia Bebas Rasuah” itu, akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan penutupannya bakal disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM Datuk Idris Zaharudin berkata persidangan anjuran BPGN itu, akan menghimpunkan 1,000 peserta melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. 

“Persidangan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh perkongsian pengetahuan dan dapatan penyelidikan berkaitan tatakelola, integriti dan antirasuah, selaras dengan aspirasi “Madani Pemangkin Tatakelola Berintegriti ke Arah Malaysia Bebas Rasuah.

“Mereka (penyelidik dan peserta) juga dapat bertukar pandangan dan menilai pendekatan yang bersesuaian dalam menangani cabaran semasa berkaitan tatakelola, integriti serta risiko rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata sebanyak enam kertas projek penyelidikan akan dibentangkan pada persidangan kali ini, oleh enam entiti penyelidik daripada enam institusi pengajian tinggi tempatan.

Institusi berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau berkata persidangan itu bukan sekadar medan pembentangan hasil penyelidikan, tetapi turut menyediakan ruang untuk dapatan serta syor untuk dikongsi secara terbuka dengan peserta sebagai input penambahbaikan di organisasi masing-masing.

“Penglibatan institusi penyelidikan turut memperlihatkan kepentingan kerjasama antara SPRM dengan pihak akademik dalam menghasilkan kajian yang memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai isu tatakelola, integriti dan antirasuah,” katanya.

Idris berkata dapatan kajian itu, diharap dapat menyumbang kepada pengembangan ilmu dan menjadi input berguna kepada pihak berkepentingan, untuk merangka pendekatan serta strategi yang lebih berkesan dalam memantapkan amalan tatakelola, integriti dan antirasuah di institusi masing-masing.

Penganjuran persidangan yang menzahirkan komitmen kerajaan memerangi rasuah itu merupakan agenda tahunan SPRM, bagi menghubungkan dapatan akademik dengan keperluan sebenar ke arah membina negara bebas rasuah. – 21 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related