◉ HEADLINES

Suasana pilu iringi pengebumian abang PM, Allahyarham Idrus

Allahyarham meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 6.10 petang semalam

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Allahyarham Idrus Ibrahim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah di Bukit Mertajam, hari ini.

Jenazah Allahyarham Idrus, 83, disemadikan selepas solat Jumaat.

Cuaca redup mengiringi proses pengebumian Allahyarham yang dihadiri ratusan orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, kenalan serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.

Terdahulu, Perdana Menteri bersama ahli keluarga dan orang ramai mengiringi jenazah dengan berjalan kaki kira-kira 200 meter dari kediaman Allahyarham untuk disolatkan di Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tokun Bawah, sebelum disemadikan.

Solat jenazah yang diadakan selepas solat Jumaat itu diimamkan Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Idrus, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 6.10 petang semalam. Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik meninggalkan seorang isteri, empat anak dan 10 cucu.

Allahyarham merupakan bekas guru dan pernah berkhidmat sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam, Kepala Batas dan SK Stowell, Bukit Mertajam.

Dalam pada itu, Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata beliau pulang ke Cherok Tok Kun dengan hati yang sarat rasa sayu dan hiba, untuk bersama keluarga besar mengiringi dan menitipkan salam terakhir buat Allahyarham.

“Terima kasih atas segala kasih, jasa dan budi yang dicurahkan buat keluarga ini sepanjang hayatmu.

“Insya-Allah, kami akan terus melangkah, menguatkan hati meneruskan saki-baki kehidupan, meski kehilangan ini meninggalkan ruang yang tidak mungkin terisi,’’ katanya. – 25 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related