◉ HEADLINES

GP Bahrain: Peminat kecewa, bas ulang alik lambat, barisan panjang, terpaksa tunggu berjam-jam

Ramai yang meluahkan kebimbangan perkara sama akan berulang hari ini, apatah lagi jumlah kehadiran penonton juga dijangka meningkat

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman menyaksikan acara berprestij berkenaan dari dekat.

Namun aksi hari pertama acara Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain semalam dipenuhi dengan rungutan peminat yang mendakwa terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas perantara khas percuma selepas acara di litar berkenaan, hingga ke lewat malam.

Mereka mendakwa terpaksa beratur berjam-jam malah video yang tular di media sosial memperlihatkan orang ramai terpaksa berhimpit-himpit dalam hujan.

Sesetengah penonton juga didakwa terpaksa berjalan di lorong kecemasan lebuh raya sementara menunggu bas.

@scoopdotmy

Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman menyaksikan acara berprestij berkenaan dari dekat. Namun aksi hari pertama acara Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain semalam dipenuhi dengan rungutan peminat yang mendakwa terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas perantara khas percuma selepas acara di litar berkenaan, hingga ke lewat malam. #BahrainGP #Formula1 #Sepang #GrandPrix #Malaysia

♬ original sound – Scoopdotmy

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai FamyR menerusi akaun TikToknya berkata, dia sampai di rumah pada jam 12.20 tengah malam.

“Ini baru hari pertama, esok nak pergi lagi. Tak tahu bagaimana pengurusan bas untuk esok. Sangat teruk.

“Nampak macam ‘Train To Busan’ semua berebut nak naik bas, tapi bas tak cukup.

“Rasa macam tak sanggup nak pergi esok,’’ katanya yang mungkin memilih untuk menyaksikan perlumbaan itu di rumah sahaja hari ini, menerusi televisyen.

Dalam pada itu pengguna media sosial juga mendakwa ada yang terkandas sehingga malam dan situasi menjadi kecoh kerana mereka berdepan dengan masalah pengangkutan untuk pulang ke rumah.

Malah kata mereka, akses e-hailing juga telah dihadkan menyebabkan sebahagian penonton tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bas perantara berkenaan.

Ramai yang meluahkan kebimbangan perkara sama akan berulang hari ini, apatah lagi jumlah kehadiran penonton juga dijangka meningkat.

Sebelum ini, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataannya memaklumkan ia menyediakan 95 bas perantara khas percuma sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Menurut Rapid KL, perkhidmatan bas itu ditawarkan secara ulang-alik bagi memastikan pengunjung dapat bergerak ke kawasan acara dengan lebih mudah dan selesa.

Menurut kenyataan itu, bas perantara khas ke SIC disediakan dari hub bas Aras 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, hub bas Mitsui KLIA dan De-Village, Persiaran Miilenia 2 serta Bandar Baru Enstek.

“Waktu operasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam. Bagi melengkapkan perkhidmatan berkenaan, Rapid KL turut menyediakan bas perantara dalam kawasan litar untuk memudahkan pergerakan pengunjung ke lokasi utama,” menurut kenyataan itu

Pada Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah Grand Prix Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Oktober, menyusuli persetujuan antara Formula 1, FIA serta pemerintah Malaysia dan Bahrain.

Persetujuan tersebut mengekalkan Grand Prix Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan tersebut dibatalkan pada awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah. – 3 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related