◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Pelajar perempuan Tingkatan 4 ditemui maut di sekolah di Yong Peng

Pelajar berusia 16 tahun itu ditemui petang semalam, selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah usai menghadiri kelas bimbingan

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dipercayai ditahan untuk membantu siasatan kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, petang semalam.

Menurut sumber, ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira jam 5.30 petang.

Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah reman, pagi ini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, penemuan itu dibuat oleh nenek mangsa yang hadir ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang selepas menghadiri kelas bimbingan.

Mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah di kawasan dewan sekolah. Pemeriksaan awal turut mendapati terdapat kesan darah kering pada tubuh mangsa.

Susulan kejadian itu, Polis Kontinjen Johor menggesa orang ramai dan pihak media agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Timbalan Ketua Polis Johor, Hoo Chuan Huat menegaskan bahawa pihak polis kini dalam proses mengumpulkan fakta serta maklumat tepat berhubung insiden berkenaan dan menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kita masih dalam proses dapatkan maklumat tersebut. Macam pemberita juga kena dapatkan maklumat. Saya tak boleh bercakap betul ke tak betul sebab kami masih dapatkan maklumat.

“Saya tak mengesahkan apa benda sebab kami sedang dapatkan maklumat. Terlampau awal untuk mengesahkan suatu kes kalau tak dapat satu. Kami sedang dapatkan maklumat. Bagi peluang kepada kami untuk jalankan siasatan,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Siasatan terperinci berhubung punca kematian masih dijalankan oleh pihak polis. – 4 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related