◉ HEADLINES

Kerajaan bincang kemungkinan F1 kembali ke Malaysia: Anwar

“Saya menantikannya. Kami sedang berbincang,” kata Anwar

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang membincangkan kemungkinan perlumbaan Formula Satu (F1) kembali ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pengulas Sky Sports Martin Brundle, ketika beliau mengadakan tinjauan sebelum perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Saya menantikannya. Kami sedang berbincang,” katanya ringkas ketika ditanya kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1.

Anwar yang turut basah selepas litar tersebut dilanda hujan lebat sebelum perlumbaan memberitahu beliau teruja dengan kembalinya aksi F1 di Sepang.

“Oh ya. Lihatlah, saya basah, kuyup, tetapi teruja. Anda lihat, seluruh negara meraikannya,” katanya.

Dalam pada itu, dalam hantaran di Facebooknya, Anwar memberitahu beliau sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket Madani, sambil menyantuni peminat F1 yang hadir.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan menawarkan pelbagai makanan dan minuman, termasuk snek dan makanan ringan.

“Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita,’’ katanya.

Beliau turut merakamkan pnghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan. – 4 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related