◉ HEADLINES

Serangan siber: Sistem TH kembali pulih, jamin simpanan pendeposit selamat

Tabung Haji (TH) telah memulihkan sistem dan perkhidmatan utamanya susulan serangan siber pada 8 Oktober lalu, sambil memberi jaminan bahawa seluruh simpanan pendeposit kekal selamat

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mengesahkan sistem dan perkhidmatan utamanya kini kembali beroperasi secara berperingkat selepas dihentikan sementara akibat serangan siber pada 8 Oktober lepas, sambil memberi jaminan tegas bahawa seluruh simpanan pendeposit adalah selamat.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH memaklumkan bahawa pengaktifan semula perkhidmatan berkenaan dibuat selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan digital, serta langkah pemulihan sistem dilaksanakan secara teliti.

Cawangan TH di Kedah, Terengganu, dan Kelantan telah mula beroperasi semalam, manakala semua cawangan di negeri-negeri lain dibuka seperti biasa hari ini. Perkhidmatan transaksi menerusi bank rakan strategik TH turut diaktifkan semula.

“TH memberikan jaminan bahawa simpanan pendeposit adalah selamat. Pemantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar,” jelas TH.

Mengulas mengenai tindakan awal pada 8 Oktober, TH menjelaskan penutupan sementara semua saluran perkhidmatan terpaksa diambil bagi melindungi integriti data peribadi dan wang simpanan pendeposit daripada ancaman pencerobohan siber.

Menyifatkan insiden tersebut sebagai perbuatan jenayah serius terhadap institusi berkenaan dan negara, TH mengesahkan telah membuat laporan polis serta melaporkan perkara itu kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Pasukan dalaman TH juga bekerjasama rapat dengan pakar luar serta pihak berkuasa keselamatan siber bagi menyiasat dan menangani ancaman tersebut.

Sementara itu, platform digital THiJARI kini kembali berfungsi bagi sebahagian besar operasinya, kecuali tiga perkhidmatan khusus yang masih memerlukan pemulihan lanjut.

“Semua fungsi platform THiJARI juga telah kembali beroperasi kecuali penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian. Ketiga-tiga fungsi ini masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut sebelum dapat diaktifkan semula. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TH dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

TH menasihatkan para pendeposit yang mengesan sebarang transaksi mencurigakan atau memerlukan bantuan lanjut agar segera menghubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di talian 03-6207 1919.

“TH merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan sokongan pendeposit sepanjang tempoh pemulihan ini. Sekali lagi kami memohon maaf dan amat kesal atas apa yang telah berlaku, namun langkah ini terpaksa dilakukan demi keselamatan simpanan pendeposit,” katanya. – 12 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

‘The haze is worrying’: Anwar calls Prabowo, Indonesia agrees to step up efforts

Malaysia has offered to provide assistance as transboundary haze from Indonesia continues to affect several parts of the country

Budget 2027: Total government spending, investments rise to RM510b

Federal revenue projected to reach RM380.8 billion next year, while fiscal deficit target is lowered to 3.3%

Budget 2027 must turn economic growth into higher wages: analysts

Syaza Shukri and Samirul Ariff Othman say the budget’s success hinges on better-paying jobs, effective aid distribution and fiscal discipline

◉ Related