◉ HEADLINES

Penghantaran pesawat tempur FA-50M TUDM mengikut jadual: Khaled Nordin

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka menerima kumpulan pertama pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Selatan mengikut jadual asal tanpa sebarang penangguhan, dengan tarikh rasmi ketibaan bakal diumumkan dalam masa terdekat

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima perolehan pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries (KAI) mengikut jadual yang telah ditetapkan, tanpa sebarang penangguhan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perincian tarikh sebenar penerimaan aset baharu pertahanan udara negara itu akan diumumkan kelak.

“Mengikut jadual, pesawat itu akan tiba bulan ini atau bulan depan, tarikh (sebenar) ia akan tiba, nanti saya umumkan, setakat ini saya tidak menerima apa-apa maklumat terdapat penangguhan penghantaran pesawat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Penaung Kempen Tabung Pahlawan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris.

Pada Mei 2023, Kementerian Pertahanan memeterai kontrak bernilai hampir RM4 bilion bersama gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu bagi memperoleh 18 buah pesawat tempur ringan FA-50 Block 20, yang dinamakan secara khusus bagi perkhidmatan tempatan sebagai FA-50M (Malaysia).

Varian FA-50M dilengkapi spesifikasi jauh lebih canggih dan berkeupayaan tinggi berbanding model FA-50 yang dikendalikan oleh Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) serta beberapa negara lain seperti Thailand, Filipina, dan Indonesia.

Sebelum ini pada Jun lepas, TUDM mengesahkan dua buah pesawat FA-50M pertama dijadualkan tiba di Malaysia pada bulan ini, manakala baki 16 buah lagi akan diterima secara berfasa sehingga Mac 2028. – 12 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

‘The haze is worrying’: Anwar calls Prabowo, Indonesia agrees to step up efforts

Malaysia has offered to provide assistance as transboundary haze from Indonesia continues to affect several parts of the country

Budget 2027: Total government spending, investments rise to RM510b

Federal revenue projected to reach RM380.8 billion next year, while fiscal deficit target is lowered to 3.3%

Budget 2027 must turn economic growth into higher wages: analysts

Syaza Shukri and Samirul Ariff Othman say the budget’s success hinges on better-paying jobs, effective aid distribution and fiscal discipline

◉ Related