◉ HEADLINES

Sijil kelahiran tulisan tangan, kertas lama kekal sah: KP JPN

Ketua Pengarah, Datuk Badrul Hisham Alias berkata individu yang memerlukan cetakan format baharu boleh membuat cabutan pada kadar RM5 di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa sijil kelahiran versi lama, termasuk dokumen kertas bertulis tangan, adalah kekal sah digunakan dan tidak wajib ditukar kepada format baharu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias menegaskan, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kesahihan dokumen berkenaan kerana sistem pendaftaran negara sentiasa mengiktiraf rekod sah kelahiran merentas generasi.

“Sijil lahir tidak pernah tak sah, sama ada generasi lama ataupun generasi baharu,” katanya dalam sidang media selepas Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 peringkat Kelantan di Pos Balar, di sini hari ini.

Badrul Hisham menjelaskan bahawa bagi mana-mana pemilik yang berhasrat mendapatkan sijil kelahiran dalam format terkini, permohonan cabutan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN seluruh negara dengan bayaran minima RM5 sahaja.

Beliau menambah, proses permohonan cabutan format baharu tersebut adalah sangat cepat dan boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada lima minit.

Kemudahan itu disediakan bagi membolehkan rakyat mendapatkan salinan dokumen berformat moden mengikut keperluan semasa tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan bahawa sijil lama mereka sudah tidak lali dipatuhi.

Mengulas lanjut, beliau mengagasi bahawa dokumentasi kelahiran merupakan keutamaan paling asas bagi menjamin identiti sah setiap individu di sisi undang-undang, sekali gus membuka akses kepada hak kebajikan serta kemudahan sebagai warganegara Malaysia.

Justeru, pendaftaran kelahiran dan pemilikan dokumen pengenalan diri tidak boleh dipandang ringan demi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada sistem pendaftaran negara.

“JPN sentiasa berusaha mendekati masyarakat, termasuk komuniti Orang Asli di kawasan pedalaman melalui program turun padang dan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan mereka mendapat akses kepada perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi,” katanya. – 12 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

‘The haze is worrying’: Anwar calls Prabowo, Indonesia agrees to step up efforts

Malaysia has offered to provide assistance as transboundary haze from Indonesia continues to affect several parts of the country

Budget 2027: Total government spending, investments rise to RM510b

Federal revenue projected to reach RM380.8 billion next year, while fiscal deficit target is lowered to 3.3%

Budget 2027 must turn economic growth into higher wages: analysts

Syaza Shukri and Samirul Ariff Othman say the budget’s success hinges on better-paying jobs, effective aid distribution and fiscal discipline

◉ Related