◉ HEADLINES

Bekas menteri ditangkap khalwat bersama pengasas NGO

Seorang bekas menteri berusia 44 tahun ditahan pihak berkuasa agama dalam satu serbuan di Petaling Jaya petang semalam, sebelum dibawa ke Pejabat JAIS untuk tindakan lanjut

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semalam.

Perkara itu disahkan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berhubung kesalahan khalwat membabitkan figura awam yang dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, semalam.

Mohd Shahzihan berkata, individu itu yang juga pemimpin sebuah parti politik berusia 44 tahun dilaporkan ditahan pada jam 6 petang di Petaling Jaya, Selangor, sebelum kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi proses dokumentasi.

Siasatan bawah enakmen Jenayah Syariah

Beliau berkata, dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” tegasnya. – 16 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Malaysia, Bangladesh move to reopen labour market with zero-cost hiring push

Faster intake, AI-led recruitment and tighter safeguards agreed to cut worker fees, curb intermediaries and improve transparency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related