◉ HEADLINES

Laluan MRT Kajang terjejas, lagi cubaan curi kabel

Bekalan kuasa antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara terpaksa diputuskan awal pagi tadi susulan tindakan penceroboh memotong kabel, memaksa polis bantuan melancarkan operasi memburu suspek di atas landasan

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan MRT Laluan Kajang mengalami gangguan pagi ini akibat cubaan mencuri kabel yang dikesan di antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Rapid KL berkata, pencerobohan landasan serta cubaan mencuri kabel itu dikesan pada jam 5.30 pagi, menyebabkan bekalan kuasa di kawasan terbabit diputuskan buat sementara waktu mengikut prosedur operasi dan keselamatan.

Jelasnya, langkah itu bagi membolehkan pasukan polis bantuan menjalankan pemeriksaan dan operasi mengesan suspek dengan selamat, di samping memastikan keselamatan penumpang, petugas serta kawasan landasan dan kelancaran operasi perkhidmatan tren.

“Bekalan kuasa disambung semula pada 6.32 pagi selepas tindakan diperlukan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma telah ditamatkan.

Menurutnya, waktu menunggu tren mungkin lama sedikit sementara kekerapan perkhidmatan sedang diselaraskan.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Rapid KL akan terus bekerjasama dengan polis untuk membantu siasatan serta mencegah kejadian sama berulang.

Insiden kecurian kabel rel pengangkutan awam kini dilihat sebagai satu ancaman serius yang kian kerap menjejaskan sistem pengangkutan awam negara.

Mengikut data rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT), sejak tiga tahun lalu, sebanyak 393 kes kecurian kabel rel direkodkan membabitkan anggaran nilai kerugian mencecah RM16.3 juta.

Sebelum gangguan terbaharu di Laluan Kajang ini, MRT Laluan Putrajaya turut terjejas teruk akibat kes kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.

Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini turut berjaya menahan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemotongan kabel MRT. – 16 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related