◉ HEADLINES

1.2 juta pekerja belum mencarum lindung 24 jam digesa ambil peluang segara

Ramanan berkata insentif itu adalah peluang terbaik kepada pekerja untuk kembali mencarum bagi memastikan mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu bekerja

8:20 PM MYT

 

ALOR GAJAH – Sebanyak 1.2 juta pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak mencarum di bawah Skim LINDUNG 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) digesa mengambil peluang mendapatkannya susulan insentif pelepasan cukai tambahan RM150 setahun yang diumum menerusi Bajet 2027.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata insentif itu adalah peluang terbaik kepada pekerja untuk kembali mencarum bagi memastikan mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.

Beliau berkata kepentingan perlindungan itu perlu diberi perhatian kerana LINDUNG 24 Jam merekodkan sebanyak 10,424 tuntutan bagi tempoh 1 Jun hingga 30 Sept lepas, bersamaan purata 85 kes sehari.

“Angka ini mengingatkan kita bahawa kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, dan perlindungan kewangan amat penting apabila seseorang berdepan musibah. 

“Jangan bila hujan baru mahu cari payung, tambahan pula kos perubatan yang semakin meningkat,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Program i LINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran Keris di sini hari ini.

Ramanan berkata kerajaan memahami kebimbangan rakyat berhubung pendapatan boleh guna susulan tekanan inflasi yang dipengaruhi faktor global namun perlindungan keselamatan sosial perlu terus menjadi keutamaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Skim Pengembara bagi 480,000 rakyat Malaysia berulang alik ke Singapura setiap hari akan dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri ketika mengumumkannya pada Hari Pekerja lepas. 

“Esok, pihak Perkeso akan mengadakan pertemuan dengan lebih 800 pertubuhan bukan kerajaan dan juga mereka yang sedang bekerja di Singapura untuk satu sesi dialog serta memberi penerangan mengenai Skim Pengembara di Johor Baharu termasuk bersama dengan Duta Besar Malaysia di Singapura. 

“Mereka memang layak untuk caruman ini dan ia bukan mandatori… jadi, terpulang kepada mereka,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan menggesa penyedia platform dalam industri gig memanfaatkan insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2027 dengan turut membiayai caruman pekerja masing-masing.

Beliau berkata peruntukan insentif padanan caruman LINDUNG Kendiri bagi pekerja e-panggilan dan p-panggilan berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu 368,098 pekerja gig boleh dipertingkat daripada 35 kepada 50 peratus sekiranya penyedia platform turut berkongsi tanggungjawab membayar caruman.

“Kita juga mahu mengingatkan penyedia platform bahawa penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan caruman Perkeso telah bermula pada 1 Okt lepas termasuk kewajipan melaksanakan potongan caruman mandatori dan mengintegrasikan sistem masing-masing dengan sistem PERKESO.

“Langkah itu penting bagi memastikan perlindungan keselamatan sosial dan keadilan kepada pekerja gig,” katanya. 

Sementara itu, program i LINDUNG u Gegar @ Melaka yang julung kali diadakan menyasarkan kehadiran 15,000 pengunjung sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Pada program sama, sebanyak 400 suri rumah di Melaka didaftarkan sebagai pencarum LINDUNG Kasih sekali gus melayakkan mereka mendapat perlindungan PERKESO sekiranya berlaku musibah tidak terduga. – 17 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Anwar hails Hakim Danish after historic Moto3 win ends Malaysia’s 10-year wait

Teenager overcomes 14th-place start to clinch Czech GP victory at Brno, marking Malaysia’s first Moto3 triumph since 2016

Govt reaffirms commitment to MH370 families after latest search mission

Seabed mission by Ocean Infinity surveyed over 7,500 sq km in renewed effort to locate wreckage of missing Malaysia Airlines Flight MH370

◉ Related