◉ HEADLINES

Poster dakwa caj perkhidmatan QR bermula 1 Nov palsu: MOF

Poster berkenaan tular di Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial

2:17 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.

Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan poster yang tular itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 Nov 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.

“MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan,” menurut MOF.

Sehubungan dengan itu, kementerian itu menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, poster berkenaan tular melalui platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial. – 18 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related