◉ HEADLINES

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi komersial Disember ini

Kerajaan secara rasmi meluluskan struktur tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menyaksikan perkhidmatan transit Kelas Ekonomi dari Gombak ke Kota Bharu ditawarkan bermula pada harga RM125, menjelang pelancaran perkhidmatan komersialnya pertengahan Disember ini

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel merentasi Semenanjung, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bakal memulakan operasi komersialnya pertengahan Disember ini dengan kadar tambang asas transit Kelas Ekonomi bagi laluan penuh Gombak ke Kota Bharu ditetapkan bermula daripada RM125.

Pemilik projek ECRL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan struktur tambang berkenaan pada 16 Oktober lalu.

Struktur harga itu dilaksanakan berasaskan mekanisme penetapan harga dinamik, di mana kadar tambang akan berubah mengikut waktu permintaan, masa tempahan, serta cuti persekolahan atau perayaan.

“Bagi laluan sejauh 523 kilometer dari Terminal Bersepadu ECRL Gombak ke Kota Bharu, Kelantan, perkhidmatan perkhidmatan Ekspres Kelas Ekonomi pula ditawarkan bermula daripada RM147.

“Perkhidmatan ekspres ini direka khusus untuk mengurangkan masa perjalanan dengan mengurangkan hentian di stesen-stesen perantara,” jelasnya.

Bagi perjalanan laluan separa dari Gombak, tambang perkhidmatan Transit ke Kuala Terengganu ditetapkan bermula daripada RM95, manakala perjalanan ke KotaSAS, Pahang ditawarkan pada kadar bermula RM60.

Bagi perkhidmatan Ekspres untuk laluan sama, tambang ke Kuala Terengganu bermula daripada RM110 manakala ke KotaSAS bermula daripada RM68.

Projek mega infrastruktur ECRL yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur dijangka memotong masa perjalanan darat secara signifikan — iaitu daripada lebih lapan jam menerusi laluan jalan raya sedia ada kepada kurang daripada empat jam menerusi perkhidmatan tren laju ECRL.

Penyediaan perkhidmatan rel ini dijangka menjadi game changer dalam merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri Pantai Timur, merancakkan sektor pelancongan domestik, serta mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya ketika musim perayaan.

MRL dijangka membuka sistem tempahan tiket secara dalam talian serta mengumumkan jadual perjalanan lengkap dalam masa terdekat menjelang pembukaan rasminya kelak. – 19 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

High Court sets May 20 to rule on Mahmud Abu Bekir’s director rights in Cahya Mata Sarawak dispute

Decision will determine if he can challenge the company’s injunction in bringing a derivative action

Malaysia face uphill battle in hockey World Cup ‘Group of Death’

Drawn alongside reigning champions Germany, world No. 2 Belgium and a resurgent France, Malaysia’s Speedy Tigers must defy the odds to progress while urgently addressing their slipping world ranking

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

◉ Related