◉ HEADLINES

Diskaun 30 peratus tiket ekonomi ECRL bersempena dengan pembukaan : Loke

Tawaran berkenaan adalah untuk orang ramai yang tidak menikmati tambang konsesi dan bukan potongan tambahan kepada tiket konsesi sedia ada

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selama sebulan bersempena dengan pembukaan perkhidmatan itu pada 12 Dis ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tawaran berkenaan adalah untuk orang ramai yang tidak menikmati tambang konsesi dan bukan potongan tambahan kepada tiket konsesi sedia ada.

“Operasi ECRL disasarkan bermula pada 12 Dis ini, manakala penjualan tiket akan dibuka tidak lama lagi. Tetapi untuk orang ramai, ini hanya untuk diskaun bersempena dengan pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan tambang ECRL mengambil kira kemampuan pengguna serta kemampanan operasi syarikat.

Sementara itu, Loke berkata operasi kargo ECRL bagi jajaran Gombak-Kota Bharu akan bermula serentak dengan perkhidmatan penumpang yang disasarkan pertengahan Disember ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan kargo itu belum dapat dihubungkan ke Pelabuhan Klang kerana pembinaan jajaran Gombak-Pelabuhan Klang masih berjalan dan dijangka mengambil masa kira-kira setahun lagi untuk disiapkan.

Loke berkata MRL akan meneliti kadar caj pengangkutan kargo berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kadar tambang untuk Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka diumumkan secara bersama menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sebelum perkhidmatan berkenaan mula beroperasi, yang dijangka pada Februari tahun depan.

Beliau berkata orang ramai akan diberikan masa yang mencukupi untuk membiasakan diri dengan kadar tambang itu sebelum perkhidmatan berkenaan memulakan operasi. – 20 Oktober, 2026


Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related