◉ HEADLINES

Kesuma lapor polis: Cubaan campur tangan pihak berkepentingan ganggu semakan TalentCorp

Enggan berkompromi, Kesuma menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa susulan tindakan pihak berkepentingan menyebarkan maklumat mengelirukan demi melindungi ketelusan semakan di TalentCorp

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memandang serius dakwaan mengenai pelbagai cubaan campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba menggagalkan proses semakan dan pengukuhan tadbir urus di Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Langkah drastik itu diambil susulan maklumat dan bukti yang mengesan tindakan pihak tertentu menyebarkan maklumat mengelirukan, mempengaruhi warga agensi, serta mengalihkan perhatian daripada isu utama yang sedang diteliti.

Ekoran tindakan melampau itu, beberapa laporan rasmi telah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan bebas dan tegas dijalankan.

Kesuma dalam kenyataan hari ini menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menggunakan kedudukan, pengaruh, mahupun rangkaian untuk menjejaskan integriti siasatan.

“Kementerian memandang serius dakwaan ini berikutan potensi campur tangan tersebut yang boleh menjejaskan kebebasan proses semakan. Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan fakta dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat asas,” menurut kenyataan itu.

Langkah pembersihan dan semakan semula ini digerakkan selepas pihak pengurusan Kesuma dan TalentCorp mengesan beberapa kelonggaran tadbir urus yang kritikal.

Ini merangkumi isu peruntukan Perlembagaan syarikat, pematuhan dasar dalaman, serta kepincangan mekanisme integriti dan akauntabiliti organisasi.

Siasatan yang sedang dilancarkan turut melibatkan peringkat pekerja hingga ke pengurusan tertinggi TalentCorp, di mana semua pihak diarah memberikan kerjasama penuh tanpa berdolak-dalik.

Meskipun agensi berkenaan kini berada di bawah skop siasatan dan pengukuhan tadbir urus, Kesuma memberi jaminan bahawa operasi harian serta program strategik pembangunan bakat negara di TalentCorp tidak terjejas dan akan berjalan seperti biasa. – 22 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related