◉ HEADLINES

Jerebu: Sekolah, institusi pendidikan di Johor dibuka semula mulai Isnin

Perubahan arah angin yang bermula hari ini, ditambah dengan peningkatan kelembapan udara serta ramalan hujan, dijangka membantu meredakan keadaan jerebu, kata Muhammad Naqib

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua sekolah dan institusi pendidikan di Johor yang ditutup selama lima hari, akan mula beroperasi semula Isnin ini selepas penilaian terhadap situasi jerebu dan penelitian dibuat oleh agensi berkaitan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali, keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Johor.

Beliau memberitahu, perubahan arah angin yang bermula hari ini, ditambah dengan peningkatan kelembapan udara serta ramalan hujan, dijangka membantu meredakan keadaan jerebu.

“Keputusan itu turut mengambil kira trend penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negeri sejak lima hari lepas.

“Pembukaan semula institusi pendidikan juga mengambil kira keperluan untuk melaksanakan peperiksaan akhir tahun serta persiapan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),’’ katanya.

Sebelum ini, semua sekolah di Johor yang melibatkan lebih 1,000 institusi dan kira-kira 600,000 pelajar ditutup selama 10 hari berikutan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Sehingga tengah hari ini, lapan kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Larkin merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170.

Dalam pada itu, Muhammad Naqib berkata, penilaian risiko kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri turut menjadi pertimbangan utama bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah.

Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menyelaraskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan, termasuk pemakaian pelitup muka, serta memantau aktiviti sekolah berdasarkan bacaan IPU terkini dan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan negeri, dengan kerjasama agensi berkaitan, akan terus memantau keadaan jerebu dan mengumumkan perkembangan lanjut sekiranya perlu.

“Kami kekal komited untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan warga sekolah, di samping memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak Johor,” katanya. – 24 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related