◉ HEADLINES

Farhash mulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi

Tindakan undang-undang itu susulan penerbitan podcast bertajuk ‘Dari Umno ke PKR: Zetrix – Kerajaan Bertukar, Kroni Berpindah? | YBM #68 di saluran YouTube Rafizi pada 16 Oktober lalu

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak telah memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya.

Menurut peguam Farhash, Datuk Seri Rajan Navaratnam, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan difailkan semalam susulan penerbitan podcast bertajuk ‘Dari Umno ke PKR: Zetrix – Kerajaan Bertukar, Kroni Berpindah? | YBM #68 yang diterbitkan menerusi saluran YouTube Rafizi pada 16 Oktober lalu.

Podcast tersebut yang berdurasi kira-kira tiga jam 14 minit itu didakwa menyentuh kaitan kepentingan perniagaan Farhash, hubungan korporatnya, hubungannya dengan beberapa tokoh politik tertentu, selain isu kronisme dan perolehan kontrak kerajaan.

“Dokumen mahkamah berkenaan sedang diserahkan kepada Rafizi mengikut prosedur yang ditetapkan,’’ katanya, lapor BH.

Menurut kenyataan itu, ia merupakan tindakan undang-undang yang kedua diambil oleh Farhash ke atas bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Anak guam saya berpendirian penerbitan berulang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya didakwa mempunyai niat jahat dan menjejaskan reputasinya.

“Anak guam kami memandang serius dakwaan sedemikian dan berpendirian bahawa dakwaan seumpama ini perlu ditangani melalui proses undang-undang yang sewajarnya serta diputuskan berdasarkan bukti dan undang-undang terpakai dan menyerahkan kepada mahkamah untuk diputuskan,” katanya.

Pada Ogos 2025, media melaporkan Rafizi diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik dan memadam kenyataan yang dibuat mengenai Farhash atau berdepan tindakan undang-undang.

Tuntutan itu dibuat melalui surat “cease and desist” yang dihantar firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co bagi pihak Farhash pada 22 Ogos 2025.

Pada 10 Oktober 2025, Farhash kemudiannya memfailkan saman terhadap Rafizi atas dakwaan memfitnahnya menerusi dua video yang dimuat naik di media sosial.

Saman berkenaan difailkan melalui firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. selepas Mohd. Rafizi gagal mengemukakan permohonan maaf berhubung kenyataan dalam video yang didakwa berunsur fitnah itu.

Dalam tuntutannya, Farhash menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta, selain ganti rugi teruk, teladan, punitif serta kos guaman. – 24 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related