◉ HEADLINES

Tunggu perkenan Tuanku Muhriz: Ismail kekal cadangan sidang DUN lima hari mulai 26 Nov

Persidangan lima hari dijadual bermula 26 November termasuk pembentangan Belanjawan 2027, namun kata putus tetap bergantung kepada perkenan istana di tengah-tengah desas-desus pembubaran automatik

1:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan kini sedang giat berusaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bagi memuktamadkan tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang seterusnya.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menegaskan perancangan asal untuk mengadakan sesi persidangan selama lima hari bermula 26 November ini masih kekal, namun sebarang keputusan muktamad terletak sepenuhnya di bawah perkenan baginda.

“Kita sedang berusaha (mendapatkan perkenan), tetapi perancangan seperti yang saya katakan sebelum ini (lima hari persidangan). Jadi kita tengok macam mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpatih Fest 2026 bertemakan “Adat Dijaga, Warisan Terpelihara” di Seremban, hari ini.

Mengulas dakwaan beberapa pihak berhubung kemungkinan DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik sekiranya tiada persidangan dipanggil menjelang Februari tahun hadapan, Ismail menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dirujuk dan diperhalusi mengikut kerangka undang-undang.

Beliau menegaskan sebarang implikasi perundangan perlu diteliti secara terperinci menerusi peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Mengikut jadual asal kerajaan negeri, persidangan DUN dirangka bermula 26 November, dengan tumpuan utama terarah kepada pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada 27 November. – 30 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related