◉ HEADLINES

PN tolak CSA, keputusan Muhyiddin tidak wakili gabungan : Takiyuddin

Takiyuddin berkata CSA adalah pilihan Ahli Parlimen itu sendiri dan kebetulan mereka yang memeterai perjanjian itu adalah daripada kumpulan yang tidak bersama secara aktif dalam PN

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menolak untuk memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) seperti dilakukan enam Ahli Parlimen Bersatu, kerana ia merupakan pilihan individu dan tidak mewakili pendirian atau keputusan rasmi gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu itu, yang diketuai presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengetepikan PN selaku parti gabungan dan blok pembangkang.

Justeru, PN kata beliau, tidak akan berunding atau memeterai CSA bagi mendapatkan peruntukan.

Mereka yang menandatangani perjanjian itu, katanya adalah terdiri daripada beberapa pihak yang tidak aktif bersama PN termasuk kumpulan daripada Bersatu, bekas ahli Bersatu dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“CSA itu adalah pilihan mereka sendiri sebagai Ahli Parlimen. Kebetulan, ahli Parlimen yang menyertai CSA ini adalah daripada kumpulan yang tidak bersama secara aktif dalam PN, iaitu kumpulan Bersatu sendiri, kumpulan bekas Bersatu yang dahulu melompat parti dan juga Muda.

“Jadi, PN tidak terlibat dalam perundingan dan pemeteraian itu. Kami tidak terlibat,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Pada Khamis, enam Ahli Parlimen Bersatu memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani melibatkan komitmen menyokong kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).

Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua Ahli Parlimen parti tersebut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) dan Datuk Ali Biju (Saratok).

Turut menandatangani perjanjian itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) dan beberapa Ahli Parlimen lain antaranya Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Zahari Kechik (Jeli).)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata perjanjian itu bertujuan memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan serta pelaksanaan agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, berjalan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan CSA sebagai perkembangan positif bagi menyantuni dan menangani permasalahan rakyat. – 2 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related