◉ HEADLINES

Mahkamah tolak permohonan Caprice gantung bayaran ganti rugi terhadap Ebit Lew

Pada 17 Ogos, Mahkamah Sesyen memerintahkan Caprice memohon maaf dan membayar ganti rugi serta kos sebanyak RM220,000 kepada Ebit kerana memfitnahnya

4:04 PM MYT

 

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pempengaruh media sosial Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli untuk menggantung pembayaran ganti rugi RM220,000 kepada pendakwah Ebit Lew kerana memfitnah pendakwah itu pada 2023.

Hakim Zuhrina Mohamed Nor memutuskan demikian setelah menolak rayuan yang difailkan Ariz, 40, pada Ogos lepas berhubung keputusan mahkamah terhadap kes saman difailkan Ebit berhubung tujuh kenyataan berbau fitnah melalui audio siar dan klip video diterbitkan Caprice sebelum ini.

Mahkamah juga memerintahkan Caprice membayar kos sebanyak RM2,000.

Pada prosiding itu, Ebit diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Fatin Izyan Mazlan manakala Mohd Rezan Ezra Muhammad Mosinal mewakili pempengaruh itu.

Pada 17 Ogos, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Caprice memohon maaf dan membayar ganti rugi serta kos sebanyak RM220,000 kepada Ebit kerana memfitnahnya. 

Mahkamah semasa itu memerintahkan Caprice selaku defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000), ganti rugi teladan (RM50,000), ganti rugi pampasan (RM50,000), ganti rugi teruk (RM50,000) dan kos RM20,000.

Zuhrina membuat keputusan itu setelah membenarkan saman fitnah Ebit selaku plaintif. 

Beliau juga memerintahkan Caprice mengemukakan permohonan maaf kepada Ebit dan perlu dimuat naik, disiar, diterbit, diedar atau dihebahkan pada mana-mana laman media sosial di bawah kawalan, pengawasan atau jagaan Caprice dalam tempoh 48 jam selepas perintah mahkamah dimeterai. 

Pada 29 Sept 2023, Ebit memfailkan saman mendakwa rakaman oleh defendan antara lain membawa maksud dirinya melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan, seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama. – 2 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related