◉ HEADLINES

Rafizi beri keterangan di Bukit Aman, bantu siasatan ceramah di Selayang

Notis siasatan polis itu antara lain berkait ucapan ceramah yang didakwa membangkitkan beberapa dakwaan termasuk isu berkaitan mafia korporat serta dakwaan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang pemimpin politik

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli hadir di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini hari ini bagi memberikan keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang, Selangor, bulan lepas.

Rafizi yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) tiba pada 10.57 pagi dengan ditemani tiga peguam, iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.

Semalam, Rafizi menerusi kenyataan mengesahkan menerima notis daripada polis untuk hadir bagi dirakam keterangan susulan laporan yang dibuat pada 22 Okt berhubung ceramah pada 20 Okt.

Rafizi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah jenayah serta Seksyen 505 kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Notis siasatan polis itu antara lain berkait ucapan ceramah yang didakwa membangkitkan beberapa dakwaan termasuk isu berkaitan mafia korporat serta dakwaan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang pemimpin politik.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan dirinya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dan sanggup membatalkan program kempen di Melaka untuk memberikan keterangan hari ini. – November 3, 2026


Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related