◉ HEADLINES

Henti pertikai titah pengampunan Najib: Agong murka, ingatkan prerogatif Perkara 42

Sebarang hujah mempertikaikan perintah tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri itu dianggap cubaan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong selepas semua syarat dipenuhi

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa murka dan menegaskan sebarang cubaan mempertikaikan titah baginda berhubung perintah tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah menjurus kepada tindakan mengingkari titah Seri Paduka Baginda.

Menyifatkan titah pengampunan bersyarat itu jelas dan mutlak tanpa sebarang kekeliruan, baginda menegaskan kuasa pengampunan adalah prerogatif Diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang wajib dihormati berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen bekas perdana menteri itu pada 18 September lalu.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkenaan, yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara, telah mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda.

Susulan pertimbangan tersebut, Sultan Ibrahim memerintahkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraannya secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat bahawa beliau menjelaskan bayaran denda berjumlah RM50 juta.

Kenyataan itu menegaskan, perintah pengampunan bersyarat berkenaan adalah nyata, muktamad, dan tidak mempunyai sebarang ambiguiti.

Selain itu, titah pengampunan tersebut juga dinyatakan secara tegas tidak terkait dengan mana-mana kes mahkamah lain yang sedang dihadapi oleh Najib.

Sehubungan itu, Istana Negara menegaskan tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan tafsiran mahupun ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong,” tegas kenyataan itu lagi. – 7 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related