◉ HEADLINES

Cuaca cerah, pengundian awal PRN Melaka berlangsung lancar pagi ini

20.9 per cent of early voters had cast their votes by 9 am

9:59 AM MYT

 

MELAKA – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pagi ini berjalan lancar, dengan sebahagian anggota keselamatan mengambil kesempatan cuaca cerah di awal pagi untuk hadir ke pusat pengundian.

Di Pusat Pengundian Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, tinjauan Bernama mendapati anggota polis yang layak mengundi hadir seawal 7.30 pagi dan mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada 7.53 pagi.

Proses pengundian berjalan dalam keadaan terkawal sebaik pusat mengundi yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh itu dibuka pada 8 pagi, dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan 817 anggota polis akan mengundi awal di pusat berkenaan.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar yang tiba pada 7.52 pagi, meluangkan masa meninjau perjalanan proses pengundian sebelum menunaikan tanggungjawabnya mengundi di saluran satu pada 8.42 pagi.

DUN Ayer Keroh menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan penyandang Kerk Chee Yee (Pakatan Harapan), Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (Perikatan Nasional), Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Parti Bersama Malaysia) dan Mohd Hamnaim Mohamad (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Mohd Hamnaim turut dilihat meninjau proses pengundian di pusat itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related