◉ HEADLINES

Kamarudin Md Noor tidak disambung pelantikan sebagai Exco Kelantan: Timbalan MB

Susulan penamatan khidmat Datuk Kamaruddin Mohd Noor sebagai Exco Kelantan, portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kini dipecahkan dan dipangku oleh dua Exco sedia ada berkuat kuasa serta-merta

3:35 PM MYT

 

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas Datuk Kamaruddin Mohd Noor, tidak disambung pelantikan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan berkuat kuasa 9 Nov.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan itu, telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Beliau berkata susulan keputusan itu, dua portfolio yang sebelum ini disandang Kamaruddin akan diagihkan kepada dua Exco sedia ada, bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Portfolio Pelancongan dan Kesenian akan dipangku Exco Hilmi Abdullah, manakala portfolio Warisan dan Kebudayaan akan dipangku Exco Zamakhsyari Mohamad. Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kamaruddin atas segala khidmat serta sumbangan beliau, sepanjang menganggotai barisan Exco Kelantan.

Kerajaan negeri turut menghargai komitmen dan dedikasi beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semalam, media melaporkan Kamaruddin mengesahkan menerima surat penamatan pelantikannya sebagai Exco.

Bagaimanapun, beliau yang menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan, buat masa ini. – 11 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related