◉ HEADLINES

‘Saya belum terima peletakan jawatan Loke, tiada keperluan untuk tergesa-gesa’ : Anwar

Anwar Ibrahim berkata meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima namun ia memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat

4:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima daripada Loke namun perkara itu memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya belum menerima peletakan jawatan (Loke). Surat saya dah terima dan dia kata berkuat kuasa serta merta, tetapi saya tentunya akan mengambil masa untuk teliti,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini, hari ini.

Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan dalam rumah.

Loke berkata peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada hari Najib memulakan tahanan rumah. Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Anwar pada 28 September lalu.

Pada Khamis, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan pendirian beliau untuk kekal dengan keputusan meletak jawatan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Najib menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, Selasa lepas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seremban itu berkata 40 Ahli Parlimen DAP termasuk dirinya kekal teguh menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus menolak sebarang tanggapan bahawa peletakan jawatannya mencerminkan keretakan dalam kerajaan.

Najib tiba di kediamannya di Taman Duta pada Selasa untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. – 13 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related