◉ HEADLINES

Malaysia terima semua 18 jet pejuang FA-50M menjelang Mac 2028: Khaled

Setakat ini dua pesawat telah diterima sementara empat lagi dijadual tiba pada April pada tahun depan sebelum berlangsung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka menerima keseluruhan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M dari Korea Selatan menjelang Mac 2028, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Khaled, setakat ini dua pesawat telah diterima sementara empat lagi dijadual tiba pada April pada tahun depan sebelum berlangsung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027.

Baki 12 pesawat pula, katanya dijangka diterima pada Mac 2028, sekali gus melengkapkan penghantaran keseluruhan 18 pesawat yang diperoleh kerajaan.

“Kesemua pesawat akan berpangkalan di Kuantan, Pahang manakala penempatan seterusnya akan dipertimbangkan selepas pesawat Hawk ditamatkan perkhidmatan,” katanya, lapor Bernama.

Khaled berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Panchor di Kota Tinggi, hari ini.

Terdahulu, Malaysia memeterai kontrak perolehan 18 pesawat FA-50M daripada Korea Aerospace Industries (KAI) pada 2023 dengan nilai hampir RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Pesawat berkenaan akan menggantikan armada Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang semakin berusia, selain berfungsi sebagai pesawat latihan lanjutan juruterbang pejuang dan melaksanakan misi tempur ringan. – 14 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related