◉ HEADLINES

PRN Melaka: Bekas Ketua Menteri, Adly Zahari ketinggalan di DUN Bukit Katil

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya PH memenangi PRN negeri

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Bukit Katil, Adly Zahari kini ketinggalan di belakang calon Perikatan Nasional (PN).

Adly, yang juga Pengerusi PH Melaka yang bertanding di kerusi ‘panas’ itu berdepan dengan persaingan empat penjuru iaitu uhammad Ridzuan Mohd Sarif daripada PN, Dr Aliza Che Amran dari Parti Bersama Malaysia (Bersama) serta calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya PH memenangi PRN negeri.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) mendahului di kerusi Sungai Udang berdasarkan laporan awal ketika proses pengiraan undi sedang berlangsung bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Sungai Udang merupakan kawasan penting kerana mempunyai peratusan pengundi muda tertinggi. Penyandang kerusi itu sebelum ini merupakan wakil daripada Bersatu.

Calon BN, Datuk Rais Yasin, kini mendahului berdasarkan perkembangan yang dilaporkan Bernama serta pusat operasi BN yang menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi.

Menurut pusat operasi BN, Rais ketika ini mendahului dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Beliau berdepan saingan tiga penjuru dengan calon Bersatu, Abdullah Mahadi dan calon Parti Bersama Malaysia, Ridzuan Rahman.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerusi Sungai Udang mempunyai peratusan tertinggi pengundi berusia 21 hingga 29 tahun, iaitu sebanyak 27.09 peratus.

Pengundi berusia 30 hingga 39 tahun pula merangkumi 28.77 peratus daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu. – 14 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related