KUALA LUMPUR – Gabungan Barisan Nasional (BN) – Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi memperoleh majoriti mudah dengan menang 19 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN Melaka, di Ayer Keroh, sebentar tadi.
Keputusan tidak rasmi menyaksikan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.
BN-PN juga secara tidak rasmi memenangi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan Ayer Molek.
Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat kerusi iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana setakat 8.20 malam ini. – 14 November, 2026
