◉ HEADLINES

10,000 pelarian Rohingya bakal ditempatkan di Turkiye: Zahid

Zahid berkata Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu susulan hasil lawatan kerja rasminya ke Türkiye baru-baru ini.

3:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 pelarian Rohingya bakal ditempat di Türkiye melalui satu program latihan kemahiran berstruktur, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, persetujuan Kerajaan Türkiye itu merupakan satu perkembangan yang amat positif dalam usaha kerajaan mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi antara cabaran pengurusan migrasi dan keselamatan negara.

“Pendekatan ini bukan sekadar menghantar pelarian Rohingya ke negara ketiga, sebaliknya memberi mereka peluang membina kehidupan baharu melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan, dengan bidang kemahiran yang diselaraskan mengikut keperluan sebenar pelbagai sektor industri di Türkiye.

“Melalui pendekatan ini, pelarian Rohingya yang terlibat akan dibekalkan dengan kemahiran praktikal dan kompetensi pekerjaan yang relevan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka serta membuka peluang untuk menyertai pasaran pekerjaan dan menyumbang secara produktif kepada ekonomi negara penerima, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa di Türkiye,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid memberitahu, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu susulan hasil lawatan kerja rasminya ke Türkiye baru-baru ini.

Beliau memberitahu, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKKPA) saya telah mengemukakan pendekatan penyelesaian ini sebagai sebahagian daripada usaha strategik Kerajaan dalam menangani isu keberadaan pelarian Rohingya di Malaysia secara lebih tersusun, berkesan dan berperikemanusiaan.

“Penyelesaian isu pelarian tidak seharusnya hanya dilihat daripada perspektif penguatkuasaan dan penghantaran keluar semata-mata, tetapi juga mesti mengambil kira dimensi kemanusiaan.

“Mereka bukan sekadar dipindahkan dari sebuah negara ke negara lain, sebaliknya diberikan ilmu, kemahiran dan peluang untuk membina masa depan yang lebih terjamin,’’ katanya.

Beliau memberitahu, keputusan itu juga membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk mencari penyelesaian konkrit terhadap isu pelarian Rohingya.

Tambahnya, pendekatan kerjasama strategik dengan negara ketiga seperti Türkiye mampu menjadi model baharu pengurusan pelarian yang lebih sistematik, mampan dan bermaruah.

Kerajaan akan menyelaraskan pelaksanaan inisiatif ini bersama pihak berkuasa Türkiye, UNHCR serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pemilihan, latihan, dokumentasi dan penempatan dilaksanakan secara teratur, dengan mengambil kira keperluan industri, persetujuan individu yang terlibat serta peraturan antarabangsa yang berkaitan.

“Usaha ini mencerminkan kepentingan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Türkiye dalam menterjemahkan kerjasama dua hala kepada penyelesaian praktikal terhadap isu kemanusiaan yang turut memberi kesan kepada kepentingan negara,’’ katanya. – 20 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related