HEADLINES

Satees keluar DAP, bakal pertahan DUN Bagan Dalam atas tiket bebas

Beliau yang juga Ketua Cawangan DAP Ujung Batu berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang

1:23 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy mengumumkan keluar DAP dan mengesahkan akan bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Cawangan DAP Ujung Batu berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang.

Pada masa sama beliau menegaskan tidak akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya diberi mandat buat kali kedua menjadi ADUN kawasan berkenaan.

“Saya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti Anthony Loke pagi ini dan telah memaklumkan kepada Chow mengenai keputusan yang paling sukar, selepas 15 tahun berkhidmat dalam parti,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat ADUN Bagan Dalam di sini hari ini.

Satees antara beberapa penyandang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang tidak tersenarai sebagai calon pada PRN kali ini selain Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat Phee Boon Poh, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Chong Eng, Exco Belia dan Sukan Soon Lip Chee, Exco Pelancongan dan Industri Kreatif Yeoh Soon Hin dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi P Ramasamy.

Satees, 38, berkata beliau akan bekerjasama mewujudkan blok calon Bebas bersama bekas Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa Autocity David Marshel yang turut mengumumkan keluar parti dan mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi DUN Perai, semalam. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related