◉ HEADLINES

Jadi calon PN bukan matlamat perjuangan saya: Annuar

Jika dipilih, ia satu amanah, jika tidak ia bukan segala-galanya sehingga kita merajuk

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan matlamat perjuangannya sebaliknya ia adalah hak parti.

“Memilih calon, hak parti. Kita boleh memasang hasrat. Jika dipilih, ia satu amanah, jika tidak ia bukan segala-galanya sehingga kita merajuk, apa lagi menggugut dan menggugat parti sendiri,’’ kata Annuar bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang simpati kenapa Annuar tidak dipilih sebagai calon oleh PAS.

Fuad sebelum ini berkata Annuar sebenarnya terkejut kerana tidak dipilih sebagai calon oleh PAS dan tanpa kedudukan beliau hilang platform untuk memusnahkan Umno.

Menurut Fuad, cakap Annuar mungkin tidak lagi dipedulikan dan mempersoalkan sama ada memang PAS tidak mahu mencalonkannya atau ada arahan kepada Menteri Besar Kelantan agar Annuar tidak dicalonkan.

“Tetapi Annuar tidak rugi apa apa. Dia ahli PAS. Dia ahli parti Islam. Pahala bertimbun. Kerusi dan YB hanya dunia,’’ kata Fuad.

Nama Annuar tidak tersenarai sebagai calon PRN di Kelantan dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 bagi Perikatan Nasional Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV, malam tadi.

Mengulas lanjut, Annuar berkata adalah sedikit malang apabila Fuad meggunakan nilai hidupnya untuk menyukat perasaan beliau.

‘’Kali ini saya ingin beri sedikit reaksi tentang tulisannya yang “bersimpati” dengan saya kerana tidak terpilih menjadi calun PAS. Saya ucapkan Terima Kasih pada Fuad. Cuma sedikit malang kerana Fuad menggunakan nilai hidup dia untuk menyukat perasaan saya,’’ katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Facebooknya.

Fuad sebelum ini berkata Annuar sebenarnya terkejut kerana tidak dipilih sebagai calon oleh PAS dan tanpa kedudukan beliau hilang platform untuk memusnahkan Umno.

Menurut Fuad, cakap Annuar mungkin tidak lagi dipedulikan dan mempersoalkan sama ada memang PAS tidak mahu mencalonkannya atau ada arahan kepada Menteri Besar Kelantan agar Annuar tidak dicalonkan.

‘’Tetapi Annuar tidak rugi apa apa. Dia ahli PAS. Dia ahli parti Islam. Pahala bertimbun. Kerusi dan YB hanya dunia,’’ kata Fuad.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Fuad tidak perlu menyindir Islam atau parti yang berhasrat memperjuangkan Islam.

Yang pasti, katanya adalah lebih baik berada di saf belakang perjuangan berlandaskan Islam dan muafakat berpaksikan Islam dari menjadi hero dalam saf perjuangan yang menjulang mereka yang dibenci atau menolak Islam serta mufarakah dari Muafakat Orang Islam. – 28 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related