◉ HEADLINES

Meski dibebani hutang, kerajaan komited tingkat kebajikan, taraf hidup rakyat: Rafizi

Kerajaan memiliki dana terhad kerana pendapatan negara hanyalah sekitar RM300 bilion

8:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun dibebani hutang dan perbelanjaan pengurusan negara yang tinggi, kerajaan tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kebajikan serta taraf hidup rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramil berkata kerajaan memiliki dana terhad kerana pendapatan negara hanyalah sekitar RM300 bilion namun perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi pemberian subsidi, perbelanjaan mengurus dan membayar faedah hutang negara. 

“Kerajaan kena bayar subsidi sampai RM80 bilion, bayar lagi faedah atas hutang lebih kurang RM30 bilion, tambah pula gaji pekerja, sewa bangunan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan beratus-ratus bilion.

“Akhirnya duit itu habis semua, jadi bagaimana kita hendak bantu rakyat untuk naikkan gaji, bina lebih banyak rumah dan wujudkan program basmi kemiskinan yang merubah kehidupan rakyat,” katanya pada ceramah Jelajah MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini hari ini. 

Beliau berkata susulan itu, kerajaan tidak boleh menambah subsidi bagi harga minyak kerana perlu mengimbangi perbelanjaan untuk membolehkan inisiatif membantu rakyat terus dilaksanakan.

“Kalau kita nak turunkan harga minyak, kita kena tengok pada harga (lebih rendah daripada) RM2.05 sen setiap liter itu, berapa jumlah wang yang kerajaan perlu belanjakan (untuk subsidi).

“Harga minyak mentah ketika ini ialah US$80 bagi setiap tong. Ini bermakna kerajaan perlu bagi subsidi RM1 bagi setiap liter dan kekalkan harga pada RM2.05,” katanya.

Menyentuh desakan agar harga minyak diturunkan yang kembali dimainkan oleh pembangkang ketika ini, Rafizi berkata kerajaan tidak mahu mengambil langkah populis sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan rakyat dengan menambah baik infrastruktur asas dan gaji penjawat awam.

“Kalau nak menang PRN (Pilihan Raya Negeri) mudah, saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh kata ‘Jom! Kita turunkan harga minyak 20 sen, habis semua orang akan undi. 

“Tetapi ini maknanya akan ada gaji cikgu yang dipotong, akan ada projek perumahan rakyat miskin tidak berjalan, bekalan air seperti di Kelantan tidak dapat diperbaiki dan anak-anak yang masuk universiti kita tidak boleh bantu,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu. – 31 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Automation to wipe out cashiers, postal service, data entry clerks and bank tellers by 2030: WEF

Jobs in AI, cybersecurity, and renewable energy will be in high demand

◉ Related