HEADLINES

Tolak kempen politik melampau, jangan kafirkan lawan: Mohamad

Berfikir secara rasional dan melihat segala yang berlaku ketika ini

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Tolak kempen politik yang melampau sehingga memfitnah dan mengkafirkan pihak lawan hanya kerana berbeza fahaman politik, sebaliknya tonjolkan tata kelola pentadbiran yang baik,” demikian pesanan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, jika integriti ditonjolkan maka negara akan terus maju pada masa hadapan.

“Saya berpesan kepada seluruh rakyat di Langkawi ini agar berfikir secara rasional dan melihat segala yang berlaku ketika ini,” katanya dalam program Ceramah Perpaduan dan Majlis Pengenalan Calon di perkarangan Wisma Umno, Kuah, Langkawi, semalam.

Pada majlis berkenaan, beliau turut memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi N01, Ayer Hangat, Hisham Suhaily Othman.

DUN Ayer Hangat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Hisham mewakili blok Kerjasama PH-BN, Shamsilah Siru (Perikatan Nasional) dan Safwan Hanif Shafie (Bebas).

Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang akan diadakan pada 12 Ogos ini.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, kemenangan harus diberikan kepada calon dari parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan agar kestabilan dalam dibentuk semua orang dapat menikmatinya. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

Related