HEADLINES

Salah pertandingan, ajak debat tapi dia berpantun: Rafizi sindir Syahir

Rafizi juga mendakwa sudah menghantar surat kepada Syahir untuk berdebat petang semalam

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mentertawakan Ahli Parlimen PAS Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman kerana menjawab cabaran debatnya dengan berpantun.

“Dulu di sekolah ada pertandingan debat, forum remaja, pesta pantun. Bayangkan, kita masuk pertandingan debat, lawan kita sedang berdebat, dia bangun berpantun.

“Salah pertandingan. Ini pertandingan debat, yang kau berpantun kenapa?” soal Rafizi.

Beliau yang merupakan Menteri Ekonomi itu berkata demikian semasa memberi ceramah di pasar malam Kampung Bahtera semasa berkempen untuk calon PH bagi kerusi DUN Sungai Tua, Selangor.

Sebelum ini, Rafizi telah mencabar mantan Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi negara.

Selepas cabarannya tidak disambut oleh kedua-dua pemimpin PN tersebut, Rafizi beralih kepada Syahir, kerana menurutnya, Syahir telah memainkan sentimen rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan perpaduan tidak ada hala tuju untuk membangunkan ekonomi negara.

Semalam, Syahir menjawab cabaran Rafizi di laman Facebook beliau dengan pantun:

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Janji yang baik dikenang juga.

Syahir juga berkata beliau sedang menunggu surat jemputan debat daripada Rafizi.

Untuk ini, Rafizi menjawab:

“Saya sudah hantar surat petang tadi, saya nak tengok macam mana lagi teknokrat ni nak jawab”.

Rafizi berkata beliau yakin untuk berdebat dengan ahli-ahli PN kerana percaya mereka tidak dapat mengkritik hala tuju ekonomi kerajaan madani secara terperinci kerana ia merupakan rancangan yang amat baik.

Katanya, perkara itu terbukti dengan hasil daripada perlaksanaan pelan hala tuju tersebut, antara lain termasuk pembukaan sektor nilai tinggi dan pelancaran pelan peralihan tenaga di Malaysia. – 31 Julai, 2023.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Reviving a fading voice: The fight to preserve Penang’s Hokkien heritage

Linguist leads grassroots effort to document and safeguard Hokkien as younger generations shift to Mandarin

Related