◉ HEADLINES

10 guru antara 31 individu cedera disengat tebuan tanah

Kesemua mereka berada di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat bagi program kem kepimpinan sejak semalam dan dijadualkan tamat esok

8:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat di sini, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, dalam kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu,  enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang, sementara 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat bagi mendapat rawatan susulan.

“Enam pelajar yang dikejarkan ke Hospital Ampang ditempatkan di zon merah dan zon kuning. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Semua yang terlibat terlebih dahulu menerima rawatan awal di lokasi kejadian daripada anggota paramedik APM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, sebanyak 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah menengah di Shah Alam berada di rumah peranginan berkenaan bagi program kem kepimpinan sejak semalam dan dijadualkan tamat esok. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related