◉ HEADLINES

REE: Selepas Mr So, Sanusi mengaku jumpa Riza Chalid dari Indonesia

Rupanya-rupanya Riza Chalid datang untuk memohon kawasan lombong REE

8:21 AM MYT

 

PADANG TERAP – Selepas mengaku pernah berjumpa dan bergambar dengan warga China dikenali sebagai So Loi Fat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mendakwa terdapat seorang individu dari Indonesia menyatakan hasrat mahu membeli tanah mempunyai unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Beliau turut mendakwa individu bernama Riza Chalid itu dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi bertemunya beberapa minggu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“(Datuk Seri) Anwar ada bawa lelaki Indonesia mohon beli tanah. Namanya Riza Chalid, saya tengok dalam portal Anwar. Rupanya-rupanya Riza Chalid datang untuk memohon kawasan lombong REE…mari (datang) dengan Anwar beberapa minggu sebelum kita bubarkan DUN,” katanya dalam ceramah perdana Gelombang PN DUN Pedu, di Pekan Naka, malam tadi.

Semalam dalam ceramah di DUN Kubang Rotan, Sanusi mengakui pernah bergambar dengan seorang lelaki warga China dikenali ‘Mr So’ pada majlis Hari Raya Aidilfitri sebelum ini dan memaklumkan hanya mengetahui lelaki terbabit sebagai So Loi Fat selepas ditunjukkan gambar.

Pengakuan itu susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang medianya semalam yang mendedahkan bukti terbaharu isu kecurian REE termasuk gambar Sanusi bersama seorang warga China yang dikaitkan dengan kegiatan berkenaan.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, perkara itu juga antara pendorong Menteri Dalam Negeri itu secara bertalu-talu menjalankan serangan terhadapnya.

“Patutlah Pudin (Saifuddin) ini terlalu nak pulun (serang), saya tahu dah. Saya memang ingat Pak Riza ini ada jumpa macam-macam orang untuk nak mohon tanah lombong REE,” katanya.

Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu turut berkata, kerajaan negeri akan membantu dan tidak mempunyai sebarang masalah jika wujud pihak yang ingin memohon tanah untuk mengusahakan tanah REE.

“Sekiranya ada pihak yang berminat untuk meneroka REE yang ada di Kedah, ia harus menggunakan saluran yang betul mendatangkan semula pulangan terhadap kerajaan negeri.

“Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita… hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu pulang kepada rakyat Kedah,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mendesak Saifuddin supaya tidak menggunakan jawatan sebagai menteri untuk membina kepentingan politik.

“Saya sendiri tidak pernah gunakan jabatan kerajaan negeri untuk membantu kempen saya, tak pernah.. saya haramkan gunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk meraih undi untuk parti saya, pasal inilah tata kelola yang betul,” katanya. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related