◉ HEADLINES

Hormati peraturan Malaysia, Muse elak main lagu We Are F*** F***, ganti dengan Resistance

Keputusan Muse itu dibuat susulan tindakan biadap vokalis The 1975, Matty Healy yang mencetuskan kontroversi ketika beraksi di Festival Good Vibes

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Band muzik rock Inggeris, Muse sudah menjelaskan sebab di sebalik keputusannya mengubah senarai set lagu sewaktu mengadakan konsert jelajah kumpulan itu, Will of the People yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Julai lalu.

Ia susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy yang mencetuskan kontroversi akibat tindakan kurang sopannya mencium rakan pemuzik lelakinya sebagai tanda protes terhadap pendirian Malaysia mengharamkan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sewaktu beraksi di Festival Good Vibes yang mengakibatkan konsert itu dibatalkan serta-merta oleh kerajaan.

Demi mengelakkan sebarang kemelut atau kontroversi ketika persembahan, Muse mengubah set lagu mereka apabila menggantikan lagu We Are F*** F*** dengan lagu Resistance yang dirakamkan kumpulan itu pada 2009.

Lagu We Are F*** F*** adalah lagu yang terkandung di dalam album studio terbaharu kesembilan mereka, Will of the People Tour yang dilancarkan pada 2022, manakala Resistance tersenarai sebagai lagu dimuatkan dalam album studio kelima mereka, The Resistance.

Perkara ini turut disahkan pemain dram Muse, Dominic Howard melalui Instagram miliknya sebentar tadi.

“Terima kasih dan terima kasih sangat kepada semua orang yang datang menemui kami pada musim panas. Ia sungguh epik. Kami memilih untuk membawakan Resistance berbanding We Are F*** F***. Mesej yang lebih bermakna berdasarkan situasi,” katanya.

Lagu We Are F*** F*** boleh ditafsirkan sebagai ulasan gelap dan nihilistik Muse mengenai keadaan dunia dan masa depan manusia.

Walaupun dengan adanya kemajuan teknologi dan kerjasama global, ia menggambarkan manusia masih ditakdirkan untuk hidup dalam kemusnahan dan keadaan huru-hara tanpa sebarang daya bagi menghentikannya, apabila berhadapan dengan bencana alam, virus maut serta perang.

Berdasarkan kandungan lirik lagu itu, sukar untuk memahami mengapa ia dianggap sebagai tidak sesuai untuk dimainkan sehingga Muse terpaksa menukarkannya dengan lagu Resistance yang dihasilkan berdasarkan novel, Nineteen Eighty-Four karya George Orwell terbitan 8 Jun 1949 dan 1984.

Namun, pada sisi lain, melalui undang-undang Seksyen 14 Kanun Keseksaan Malaysia, kerajaan menetapkan denda bagi sesiapa yang menggunakan perkataan ‘tidak senonoh, mengancam, kasar atau menghina…(dengan) niat untuk mencetuskan ganggu-gugat keamanan’.

Justeru, mungkin itu yang terdapat pada segelintir perkataan yang digunakan di dalam lirik ini serta tajuknya sehingga memerlukan ia diubah.

Apapun segelintir komuniti LGBT di negara ini pula beranggapan, lagu Resistance yang bertemakan cinta dan rintangan yang dibawakan Muse pada malam konsert itu adalah sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap mereka.

Hal ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat Muse lain yang meminta komuniti LGBT supaya tidak sesuka hati mengeluarkan anggapan seperti itu. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related